Thursday 25 September 2014

Nasihat ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A.

YA ALLAH,
JAUHKANLAH HATIKU DARIPADA DIPENGARUHI SIFAT BAKHIL

ABU BAKAR AL-SIDIQ R.A. memberi nasihat : 
"Orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara :

1 Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2 Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3 Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4 Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis.

5 Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir, terbakar, kecurian dan sebagainya.

6 Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.

7 Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan.

UMAR R.A berpesan ..

YA ALLAH,
BUKAKANLAH JIWAKU KEPADA SESUATU YANG ELOK DAN BERMANFAAT


1 Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.

2 Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

3 Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.

4 Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

5 Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.

6 Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.

7 Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati. 


Friday 19 September 2014

Mencari BAHAGIA yang Hilang

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
" Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah al-Ra'd 13:28]




1 LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA
Akuilah bahawa keluarga merupakan penyumbang inspirasi terbesar dalam hidup kita!

2 LUANGKAN MASA BERSAMA RAKAN TAULAN
Kadang-kadang 'kegilaan' bersama rakan boleh melegakan kita.

3 KELUAR
Penerokaan dunia luar mampu mencambahkan bunga-bunga bahagia dari pelbagai sudut lain.

4 MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN
Jiwa akan tenteram apabila kita mendekati sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal-hal kebajikan seperti bersedekah dan memberi makan kepada fakir miskin.

5 GUNAKAN MASA SEBAIKNYA
Manfaatkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, ini dapat mengelakkan daripada terlalu memikirkan kekusutan yang melanda.



6 SENYUM
Sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, terutama ketika bersama orang sekeliling. Otak akan merembes enzim-enzim positif seterusnya merawat jiwa yang lara.

7 MENGADU
Jika mengadu kepada orang sekeliling, takkan ada kepuasan. Mengadulah kepada Pemberi Bahagia Yang Maha Agung. Pasti lega!

8 BERINTERAKSI DENGAN ALAM
Lakukan apa sahaja aktivit yang melibatkan alam; berkebun, mendaki, memberi makan kepada binatang dan sebagainya.

9 BERCAKAP YANG BAIK-BAIK
Apabila bercakap yang baik-baik, aura positif akan meresap ke dalam jiwa dan dapat mencuci hati yang sedang bersedih.

10 BERI HADIAH
Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar mengamalkan bertukar-tukar hadiah, ini dapat mengeratkan kasih sayang dan menggembirakan orang sekeliling. Apabila mereka gembira, pasti itu akan membahagiakan kita!

11 BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN
Tiada apa yang lebih bahagia dan menenangkan daripada mengingati Allah melalui amalan berzikir dan membaca ayat Al-Quran. Setiap zikir dan ayat Al-Quran mempunyai magis yang tidak disangka untuk memekarkan kembali bunga-bunga bahagia yang menghilang. 



Ayuh ingin bahagia, dekati Allah! Ingin bahagia carilah Pemberi bahagia Yang Maha Agung! Dia tidak pernah menghampakan hamba-Nya walaupun sering kali kita melupakannya. Apabila rasa bahagia mula ditarik, perayalah Dia ingin memberitahu kita - jangan pernah tinggalkan Dia! :D

Simpan Ilmu di dalam Hati

"Sesiapa yang mempelajari ilmu dengan beradab, maka Allah akan mencurahkan keberkatan dalam ilmunya."


Tip Menghafal:

1 Jauhkan Maksiat dan Banyak bermain
Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih. Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu, perkara utama yang mesti dilakukan ialah menjauhi maksiat, seklai gus memperbanyak ketaatan.


2 Kurangkan Makan dan Tidur
Imam al-Syafi'i berkata: "Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal, ia akan banyak tidur dan banyak minum, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan."

3 Cintai Pelajaran dan Baca Berulang-Ulang
Sesiapa yang menyukai sesuatu pelajaran, ia akan selalu membacanya. Kesannya, ia akan mudah ingat. Imam am-Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan. Beliau menjawab: "Aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu memandangnya."

4 Cari Masa yang Tepat untuk Menghafal
Waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang sangat tepat untuk megahfal pelajaran. Pada saat itu, keheningan memenuhi dunia dan hati bersiap sedia menerima pancaran ilmu. Ismali bin Abi Uwais berkata: "Jika engkau hendak meghafal sesuatu, maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu, kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu, insya-Allah."

5 Praktik Ilmu Muzakarah Bersama Rakan
Ibrahim al-Nakha'i berkata: "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya." Ilmu akan melekat di hati jikia ia diamalkan dan dipraktikkan. Setiap kali mendapat maklumat baru, bincangkanlah bersama teman-teman. Dengan itu, ia akan terus kekal di hati <3


Jom Makan Minum




Dalam Al-Quran, Allah s.w.t telah menggariskan bahawa umat manusia disyariatkan supaya makan dan minum dari sumber yang bersih dan halal sahaja. Dari segi ilmu fiqah, makan dan minum sesuatu yang halal serta bersih adalah perintah Allah dan Rasul-Nya mencakupi dua aspek utama:

1 Dari segi zatnya, sesuatu yang diamakan atau diminum mestilah baik, suci dan halal serta dilarang makan dan minum yang haram dan kotor.
2 Dari segi cara memperolehinya mestilah baik dan halal serta membelanjakan pada jalan yang halal dan diredhai Allah.

=================================================

Bagaimana pengaruh makanan dan minuman halal, baik dan bersih terhadap kehidupan:

1 Dapat menyihatkan tubuh badan, memancarkan kecerdikan dan menguatkan fizikal dan mental.



2 Dapat membersihkan hati dan jiwa, menguatkan iman dan ingatan kepada Allah serta melahirkan rasa syukur atas nikmat-Nya.

3 Dapat melemahkan nafsu syahwat dan tidak memandang rendah terhadap kurniaan Allah.



4 Dapat menghindarkan diri daripada penyakit rohani atau penyakit batin dalm diri seseorang.

Jom Istiqamah ;)

ISTIQAMAH

Istiqamah dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.




Istiqamah dapat dicapai dengan menjaga SEPULUH PERKARA :

Menjaga lisan dari membicarakan aib orang lain.

2 Menjauhi prasangka buruk.



3 Menjauhi diri dari menghina orang lain.

4 Memejamkan mata dari melihat perkara yang haram.

5 Berkata benar dalam setiap tindakan.

6 Menderma sebahagian harta pada jalan Allah.

7 Tidak terlalu berlebihan membelanjakan harta.

8 Tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.

9 Menjaga solat lima waktu.

10 Teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.

Wednesday 17 September 2014

Kata-Kata Mutiara IMAM SYAFII tentang Kehidupan.

Ya Allah,
BUKALAH JIWAKU INI KEPADA PERKARA-PERKARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA


1 Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
2 Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
3 Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
4 Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.



5 Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
6 Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.



7 Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ailah kemiskinan kesusahan.
8 Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
9 Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.
10 Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan

Ya Allah,
MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK


1 Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.



2 Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga
maruah.
3 Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4 Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
5 Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6 Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.



7 Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
8  Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanhkan.
9 Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
10 Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Wednesday 27 August 2014

Coretan Pertama




Assalamualaikum w.b.t.

Ehem ehem testing testing *ketuk keyboard ketuk keyboard hihi


Ini ialah blog yang dihasilkan bagi tujuan melengkapkan tugasan projek saya pada tahun semester satu PPISMP pengajian di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga blog ini memberi manfaat kepada yang membacanya ^^ dan juga rakan sekelas :D


Let's make this blog as awesome as our class. Fighting !!


Adios.