Wednesday 17 September 2014

Kata-Kata Mutiara IMAM SYAFII tentang Kehidupan.

Ya Allah,
BUKALAH JIWAKU INI KEPADA PERKARA-PERKARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA


1 Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
2 Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
3 Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
4 Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.



5 Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
6 Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.



7 Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ailah kemiskinan kesusahan.
8 Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
9 Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.
10 Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment