Friday 19 September 2014

Mencari BAHAGIA yang Hilang

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
" Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah al-Ra'd 13:28]




1 LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA
Akuilah bahawa keluarga merupakan penyumbang inspirasi terbesar dalam hidup kita!

2 LUANGKAN MASA BERSAMA RAKAN TAULAN
Kadang-kadang 'kegilaan' bersama rakan boleh melegakan kita.

3 KELUAR
Penerokaan dunia luar mampu mencambahkan bunga-bunga bahagia dari pelbagai sudut lain.

4 MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN
Jiwa akan tenteram apabila kita mendekati sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal-hal kebajikan seperti bersedekah dan memberi makan kepada fakir miskin.

5 GUNAKAN MASA SEBAIKNYA
Manfaatkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, ini dapat mengelakkan daripada terlalu memikirkan kekusutan yang melanda.



6 SENYUM
Sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, terutama ketika bersama orang sekeliling. Otak akan merembes enzim-enzim positif seterusnya merawat jiwa yang lara.

7 MENGADU
Jika mengadu kepada orang sekeliling, takkan ada kepuasan. Mengadulah kepada Pemberi Bahagia Yang Maha Agung. Pasti lega!

8 BERINTERAKSI DENGAN ALAM
Lakukan apa sahaja aktivit yang melibatkan alam; berkebun, mendaki, memberi makan kepada binatang dan sebagainya.

9 BERCAKAP YANG BAIK-BAIK
Apabila bercakap yang baik-baik, aura positif akan meresap ke dalam jiwa dan dapat mencuci hati yang sedang bersedih.

10 BERI HADIAH
Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar mengamalkan bertukar-tukar hadiah, ini dapat mengeratkan kasih sayang dan menggembirakan orang sekeliling. Apabila mereka gembira, pasti itu akan membahagiakan kita!

11 BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN
Tiada apa yang lebih bahagia dan menenangkan daripada mengingati Allah melalui amalan berzikir dan membaca ayat Al-Quran. Setiap zikir dan ayat Al-Quran mempunyai magis yang tidak disangka untuk memekarkan kembali bunga-bunga bahagia yang menghilang. 



Ayuh ingin bahagia, dekati Allah! Ingin bahagia carilah Pemberi bahagia Yang Maha Agung! Dia tidak pernah menghampakan hamba-Nya walaupun sering kali kita melupakannya. Apabila rasa bahagia mula ditarik, perayalah Dia ingin memberitahu kita - jangan pernah tinggalkan Dia! :D

No comments:

Post a Comment